KEMERDEKAAN
Merahmu bara semangat waja,
Putihmu bersih budi pekerti,
Kuning berdaulat payung negara,
Biru lambang PERPADUAN kami semua….
31st Ogos 2008 – kemerdekaan kita yang ke-51.
Sambutan kemerdekaan yang paling suram. Tiada sambutan dari rakyat Malaysia.Tiada bendera berkibar di rumah, bangunan, kereta, mahupun motorsikal.
Apa yang sebenarnya berlaku? Kenapa sangat suram sambutan tahun ini? Jualan Jalur Gemilang di kedai-kedai tiada sambutan, tak laku…
Harga satu Jalur Gemilang mahal sangat? Ataupun penjimatan perbelanjaan? Memang betul, kos sara hidup semakin tinggi dan semangat kemerdekaan kita semakin pudar.
Sudah setengah abad kita merdeka dan pelbagai kemajuan telah kita kecapi namun masih ada lagi kekurangan dalam negara.
Keyakinan untuk negara terus mambangun semakin pudar.
Sempena kemerdekaan negara yang ke-51 ini, sama-sama kita hayati balik segala pengorbanan pemimpin negara yang telah banyak berjuang untuk mengecapi kemerdekaan. Sama-sama kita selesaikan segala permasalahan yang telah menyebabkan kesuraman semangat patriotik kita.
PERPADUAN TERAS KEJAYAAN NEGARA
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE-51DAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..
ONWARD MALAYSIA!!!

December 1, 2008 at 4:50 pm
cm bace post ari ni dlm sjarah la plak..:)
December 2, 2008 at 10:40 am
hahah….org minat sejarah…mcm ni la blog dia..