Kedai Sukan Itu
setiap petang seperti biasa mencari juadah untuk berbuka puasa di kuala perlis bersama seorang rakan aku yang hobinya bermain The Sims 2.. suasana di Kuala Perlis memang permai dan mempesona.. setelah membeli juadah, kami singgah ke kedai runcit 24jam yang terkenal di seluruh negara, 7-eleven. rakan aku ingin membeli BINGO di sebelah 7e, iaitu kedai buah.
sambil menunggu beliau membeli, mataku liar melihat melihat motor skuter yang ditunggang awek-awek di sini. memang cantik skuter mereka dihias dengan pelbagai warna dan pelekat mampu milik yang dijual di kedai runcit.
selang sebuah kedai di sebelah kiri 7e terdapat sebuah kedai sukan. memang ramai orang di kedai tersebut. orang di sini memang rajin bersukan. di bulan Ramadhan ini pun mereka rajin bersukan. pelbagai kaum dan pelbagai agama menjadi pelanggan tetap di kedai sukan tersebut. aku kehairanan kerana dalam kedai sukan tersebut tiada satu pun peralatan sukan yang dijual dan kedai tersebut dilengkapi denagan beberapa kaunter seperti suasana di pejabat pos.
pelanggan-pelanggan kedai sukan tersebut hanya pergi ke kaunter di dalam, mengeluarkan beberapa keping duit dan membawa pulang sekeping kertas kecil. hebat kedai sukan ini. mungkin peralatan sukan yang dibeli akan dihantar ke rumah pelanggan dengan perkhidmatan penghantaran mereka.
selepas kehairanan seketika akan keunikan kedai sukan tersebut, kami beredar pulang untuk berbuka puasa.
Anda semua nak tahu apa kedai sukan yang saya maksudkan???
Lihatlah gambar di bawah ini…
Gambar ini bukanlah gambar sebenar kedai sukan yang berada di Kuala Perlis, ini adalah cawangannya di lokasi yang tidak pasti.
Sekian…

September 16, 2008 at 3:23 pm
huhu..lawak ar plak..
ishhhh..macam2 btol arr..
tu namanye kdai sukan tdo..
toto kan buat utk alas nak tido..
September 16, 2008 at 3:57 pm
heh..i know this one…Nabil Lu fikirlah Sendri tuh penah buat lawak pasal sukan yang tak keluarkan peluh, tp kluarkan duit je…Sports Toto nih ar..
September 16, 2008 at 4:29 pm
fatin – hehe..ok gak..sukan tido..
njlaa – serius??x tau plak nabil pnah wat lawak ni…serius x tau…terlintas nk buat entri ni bila ternmpak kdai sukan tu…
September 16, 2008 at 9:05 pm
haha. ye2 je bace. sport toto upenye. neway, thanx for the link (:
September 16, 2008 at 9:20 pm
taz – ur wecome..anda seorang yg serius membaca…
September 16, 2008 at 10:08 pm
aku tertipu.
apa kebenda sukan itu.
tidak lyk mnjdi sukan.
dan anda mnjadi penipuu.
fackaladingdong u!!
September 16, 2008 at 10:17 pm
tun… anda juga seorang pembaca yg amat memberi fokus terhadap pembacaan anda…haha…
September 17, 2008 at 11:30 am
iyo yoo org melayu pun beli jugak kah
September 17, 2008 at 12:39 pm
iyo…
x kan den nk tipu pulak..
September 19, 2008 at 1:10 am
apodah..melayu islam siap pkai bju melayu tuh..
dasat tol la..x malu bebeno..
hurm ak penah tgk depa ( melayu2 karat ini) g bli no ekor siap bwk ank bini lg..
ape nk jd melayu skrg..
September 19, 2008 at 2:50 am
lagi dasat tu…
dh kira mngjar ank ikut cntoh karat beliau….