dulu masa aku masih lagi pelajar sekolah, aku selalu suruh ayah aku hantar aku ke sekolah dengan kereta… tapi dia sebolehnya tidak mahu memandu kereta ke sekolah… aku tak tahu kenapa… beliau selalu hantar aku naik motosikal… sekarang selepas aku sibuk bekerja ataupun menjalani latihan industri baru aku faham kenapa…
kawasan perindustrian dan bandar adalah kawasan tumpuan orang ramai iaitu tempat mereka mencari rezeki..jadi mestilah jalan tersebut dipenuhi kenderaan… dan apabila jalan dipenuhi kenderaan mestilah jalan itu menjadi sesak dengan kenderaan khususnya kereta… untuk perjalanan yang lancar ke tempat tumpuan orang ramai mestilah kita menggunakan kenderaan yang kecil iaitu motosikal… begitulah juga dengan jalan ke sekolah..sekolah merupakan tempat tumpuan ramai khususnya ibubapa untuk hantar anak-anak mereka ke sana… itulah sebabnya ayah aku lebih suka menggunakan motosikal untuk menghantar aku ke sekolah… tapi kalau hujan ayah aku terpaksa menggunakan kereta kerana beliau tak mahu anak beliau ini basah ke sekolah…
sama seperti aku… untuk ke tempat kerja aku lebih suka menggunakan motosikal daripada kereta… ketika hari hujan pun aku lebih suka menggunakan motosikal walaupun mak cik aku menawarkan kereta BMWnya kepada aku untuk ke tempat kerja… di sini jalan dipenuhi dengan kenderaan dan semuanya bergerak laju seperti pelesit…jadi aku namakannya pelesit kota…
aku pernah melakukan suatu percubaan untuk menjadi pelesit kota… percubaan ku ini akan aku ceritakan pada tajuk yang lain…
sekian…