Inspection

Posted in Umum on February 6, 2009 by fackaladingdong

assalamualaikum semua…

sudah lama aku tak update blog kesayangan aku ni… perkembangan kerja aku sekarang amat baik… logbook aku pun sekarang ni dah separuh buku aku tulis…

sekarang aku dah jadi Trainee QA Assistant Engineer…jadi sekarang kerja lebih kepada inspection…
p2050743

inilah kumpulan inspection yang masih lagi menjalani latihan…

sekian…

Law

Posted in Uncategorized on January 22, 2009 by fackaladingdong

-mampus la ko nk guna istilah ape pon. bahaya ada kt mne2 fiq. xkire la ko nek moto or kete… ingat tu.-

ini adalah komen muyen kepada entri philosophy aku…

tiba-tiba aku teringat kepada arwah kawan aku… Al-Fatihah…

dan tiba-tiba lagi aku teringat kepada teori Murphy’s Law…

-If anything go wrong, it will-

bertiba-tiba lagi aku teringat kepada takdir…

ingatlah..walau apa musibah yang berlaku ke atas kita, itu adalah takdir yang telah ditentukan… setiap musibah yang berlaku pasti ada hikmahnya…

maafkan aku sahabat yang mengenali diriku…

sekian…

The Philosophy of MistaFiq

Posted in Uncategorized on January 13, 2009 by fackaladingdong

dalam kamus seorang penunggang motosikal tiada istilah “jalan jam” atau “kesesakan jalanraya”, dan tiada istilah “cilok” dalam kamus seorang pemandu kereta…
-MistaFiq

sekian…

Gratis..

Posted in Uncategorized on January 10, 2009 by fackaladingdong

dsc01694

hensem tak?? bergaya??

inilah office aku….sejuk office aku ni… dalam office aku ni ada dua mesin CNC… aku yang operate mesin-mesin ni…hebat kan???

masa ini aku masih lagi tak dapat uniform yang berlogo logo1….

start next week aku dah masuk office ini lagi… aku dipanggil masuk ke makmal untuk menjalankan research tentang materials dan juga buat QA…

sekian…

tagged

Posted in Uncategorized on January 10, 2009 by fackaladingdong

1) The age you’ll be on your next birthday
21

2) A place you’ll like to travel to
BERLIN

3) Your favourite place

mamak curry house banana leaf

4) Your favourite food
cheezy wedges, cheesy chicken…cheesy food..

5) Your favourite pet
kristie..she’s a dog..belongs to my aunt’s neighbour..

6) Your favourite colour combination
black and white

7) Your favourite piece of clothing
t-shirt

8) Your all time favourite song
row,row, row your boat gently down the stream…
if u see a crocodile dont forget to scream AAHHH!!!…

9) Your favourite tv show
hanna montana…

10)The town in which you live in
batu pahat, usj…

11) Your first job
steward at GSC Cinema

12) Your dream job
specialist engineer

13) Your worst fear
swimming in deep ocean…

14) The one thing you’d like to do before you die
goin to Makkah for Haj..

15) The first thing you’ll buy if you get $1000 0000
buy a flight ticket to Makkah..

16) Sebarkan virus tagged ke 5 org

aqma

tun

Kenangan

Posted in Uncategorized on January 3, 2009 by fackaladingdong

31 December 2008

7.45 a.m

aku berada di dalam tempat kerja aku menunggu waktu kerja pukul 8pagi.. deringan mesej telefon tangan aku berbunyi.. aku memasukkan tangan aku ke dalam poket seluar untuk mengambil telefon tanganku… mesej dibuka.. aku membaca mesej itu dalam hati aku..

baru lima patah perkataan mesej itu aku baca, aku tergamam… hatiku tertanya-tanya… betul ke apa yang aku baca ni??? aku menjadi tak keruan dengan mesej itu… aku telefon balik orang yang menghantar mesej tersebut untuk lebih kepastian… akhirnya aku dapat menerimanya dan kalimah ‘Innalillah..’ aku ucapkan…

fikiran aku seakan-akan melayang ke kenangan aku bersama beliau… setiap saat aku bersama beliau seperti ditayangkan kembali di depan mataku… keluar makan, pergi library, main futsal, jogging, keluar ke kangar dan kenangan aku yang masih lagi segar bersama beliau ketika bermain bola sepak pantai selepas tamat final exam… pembuatan lawan metallurgi.. beliau join team metallurgy dan menjadi penjaga gol metallurgi… setiap kali gawang gol bolos kami mengutuk beliau dengan nada gurauan… beliau hanya ketawa apabila dikutuk… aku menatap semua gambar-gambar kenangan aku bersama beliau yang masih lagi aku simpan… ya, gambar-gambar tersebut memang bertujuan untuk kenangan…

itu semua adalah kenangan aku bersama beliau… dan kenangan inilah akan memastikan aku mengingati beliau… bersemadilah kamu di sana dengan aman… semoga rohmu dan kedua ibubapamu dicucuri rahmat wahai sahabatku…

Al-Fatihah…

beliau yang aku maksudkan ini adalah sahabatku Izzudin Khair Mohd Yusuf…

sekian..

Kenderaan Sesak

Posted in Uncategorized on December 21, 2008 by fackaladingdong

dulu masa aku masih lagi pelajar sekolah, aku selalu suruh ayah aku hantar aku ke sekolah dengan kereta… tapi dia sebolehnya tidak mahu memandu kereta ke sekolah… aku tak tahu kenapa… beliau selalu hantar aku naik motosikal… sekarang selepas aku sibuk bekerja ataupun menjalani latihan industri baru aku faham kenapa…

kawasan perindustrian dan bandar adalah kawasan tumpuan orang ramai iaitu tempat mereka mencari rezeki..jadi mestilah jalan tersebut dipenuhi kenderaan… dan apabila jalan dipenuhi kenderaan mestilah jalan itu menjadi sesak dengan kenderaan khususnya kereta… untuk perjalanan yang lancar ke tempat tumpuan orang ramai mestilah kita menggunakan kenderaan yang kecil iaitu motosikal… begitulah juga dengan jalan ke sekolah..sekolah merupakan tempat tumpuan ramai khususnya ibubapa untuk hantar anak-anak mereka ke sana… itulah sebabnya ayah aku lebih suka menggunakan motosikal untuk menghantar aku ke sekolah… tapi kalau hujan ayah aku terpaksa menggunakan kereta kerana beliau tak mahu anak beliau ini basah ke sekolah…

sama seperti aku… untuk ke tempat kerja aku lebih suka menggunakan motosikal daripada kereta… ketika hari hujan pun aku lebih suka menggunakan motosikal walaupun mak cik aku menawarkan kereta BMWnya kepada aku untuk ke tempat kerja… di sini jalan dipenuhi dengan kenderaan dan semuanya bergerak laju seperti pelesit…jadi aku namakannya pelesit kota…

aku pernah melakukan suatu percubaan untuk menjadi pelesit kota… percubaan ku ini akan aku ceritakan pada tajuk yang lain…

sekian…

Yuhuuu!!!

Posted in Umum on December 2, 2008 by fackaladingdong

hallo everybody!!!!

wah!! long time no news ha..really miss u guys la…

u noe ha, today is my second day at UMW doing my practical.. wallaweh…really syok here… not much pressure working here… on the first day ha, i only jalan-jalan here… walking around meet my new partner and so on.. then today ha, Mr. Ah Seng gave me itu CNC Lathe Machine Operator’s Manual book for me to read how to operate that machine… what so funny, he gave me book with mandarine written… Aiyoo!!!

“Mr.Ah Seng, how am i to read this book?? i dont understand mandarin…” he replied, “Aiyaa… you just watch the diagram la…for sure u understand..”

“owh..like that ha??? ok-ok… i’ll do it…”

but in the end i understand that book…so my job today was reading that book and added with some supplement book, the English manual books…

sorry ha i write my blog with English today… 

tomorrow i’ll operate the CNC machine..wish me luck ha…

Hastapronto…

Sekian…

Review

Posted in Umum on November 14, 2008 by fackaladingdong

ini adalah semester terakhir bagi aku dan rakan-rakan untuk menuntut ilmu di sini, lepak sama-sama, enjoy sama-sama, dan menjawab final exam sama-sama. semester depan kita akan membuat hala tuju masing-masing iaitu menjalani latihan industri. ada yg dapat LI company yang sama kira boleh stay in touch lg.. dan yg LI sorang-sorang macam aku kena la pandai-pandai nak hidup… sempena dengan semester terakhir bersama, aku nak buat sikit review sikit pasal coursemate aku ni… turutan review member aku ini mengikut rumah masa di KKE dulu…

1.Epul Ayie- beliau adalah housemate aku…kadang-kadang penting juga bagi aku untuk kejutkan aku bangun pagi kalau aku terlajak tido..haha…selalunya aku yg kejut beliau…mula-mula aku kenal beliau time dalam bus masa minggu orientasi…masa dlm bus kami berkenalan, beliau bgtau aku yg beliau ni dari sekolah agama… dia tak minat engineering awal-awal dulu dan cakap beliau mintak Law dalam Syariah, tiba-tiba je KUKUM berminat mengambil beliau jadi student engineering…

2.Haris Hafiz- beliau ni jiran depan rumah aku… aku lupa masa bila aku kenal beliau ni… tp aku penah ingat dia ni penah nk ngorat awek sebelah rumah dia..bkn  betul-betul sebelah rumah, rumah seberang jalan… beliau penah buat friendster profile rumah KKE IIZ… skrg aku tgk profile rumah tu dh lame x online.. beliau suka kutuk kawan-kawan beliau dengan pelbagai perumpamaan..haha…beliau mempunyai blog www.inuts-kebarangkalian.blogspot.com 

3.Haminuddin- beliau housemate haris masa kat KKE dlu…x ingat juga bila aku kenal beliau…beliau suka main dota.. pendiam sikit…suka simpan rambut panjang-panjang… pakai cermin mata… ramai awek yg nk ngorat dgn dia ni..hehe…

4.Montrey- duduk sebelah rumah Haris, berketurunan siam dari Pendang… memperkenalkan ayat ‘Cekang’ kepada kawan-kawan dia… suka ponteng kelas, nama beliau menjadi nama kegemaran lecturer semasa check attendant… mendapat biasiswa Jpa, tersenarai dalam Senarai Dekan, Dewa Applied Mechanic, ada skandal dengan awek di sini…mempunyai 4 orang adik di UniMAP…

5.Goh Kian Heng- sorang-sorangnya coursemate berketurunan chinese. roomate Montrey ketika di KKE. Same hometown dengan aku iaitu BP… amat kedekut nak bg org lain tiru report n assgment dia…haha…sepanjang semester aku sama group dgn beliau…semasa cuti semester, dia yg selalu tolong belikan aku tiket bus nk balik perlis… thanks bro…

6.Yap- adik kepada Montrey…beliau bkn chinese mahupun siam…nama sebenar beliau Mohd. Faizal…seorang penggemar Dota dan dikenali sbg sayur ketika main Dota…mungkin masa main Dota dia suka mkn sayur..hahaha…gara-gara dota beliau terpaksa repeat sbjek hubungan etnik bersama salim sebab leka bermain dota sampai jadual final exam paper tersebut pun boleh lupa..

7.Salim-adik kepada montrey juga…roomate yap di KKE..penggemar Dota juga…tetapi bermain lebih baik berbanding Yap…suka tidur(boleh jadi PM malaysia) dan mengharapkan Yap untuk kejutkan beliau dimana perangai Yap lebih kurang dengan beliau.. kebolehan beliau adalah makan 3bungkus maggi dengan sekali suap sahaja..sampai sekarang beliau masih memegang rekod tersebut…beliau mempunyai kemahiran dalam bermain basketball dan futsal..

8.Firdaus a.k.a Pidot- anak Doktor…selalunya aku pergi kelas tumpang kereta beliau..terima kasih sebab tumpangkan aku…boleh dikategorikan sebagai budak dekan… kebolehan beliau mempunyai jari yg amat pantas menaip… kalau tgk jari beliau menaip seolah-olah jari beliau ni menari salsa di atas keyboard…

9.Ucai- aku tak tahu nak cakap ape pasal dia ni…terlebih aktif daripada seorang manusia biasa mungkin kerana beliau ni berkawan dengan orang asli di hutan Sg.Koyan…Anggota PALAPES UniMAP yg setia… memegang jawatan PRM dlm palapes…mantap la…mempunyai kereta kancil khas untuk keluar bersama awek dan rakan-rakan..

10.Poca- mendapat gelaran Poca semasa orientasi ketika mengemukakan pendapat beliau berkenaan orientasi dan dengan yakin sekali menyebut perkataan poca-poca yg sepatutnya perkataan poco-poco…mempunyai ilmu yg mendalam mengenai agama…juga mempunyai ilmu mendalam dalam ilmu kebatinan sehingga Goh pun boleh berminat dgn ilmu tersebut…amat lincah bersilat tetapi pernah menerima tapak kaki oleh orang kuala perlis…

11.Ungku Faiz- adik kepada montrey..berketurunan bugis serta kesultanan johor…selalu hang out bersama-sama dengan Bak dan Mon. mempunyai bisnes maxis postpaid… pernah membawa motor lagenda yg paling laju di perlis…

12.Jailani- housemate faiz semasa di KKE.anggota palapes…berasal dari Mersing…lefthanded sama seperti aku…selalunya rahsia akan terbongkar dari mulut beliau kalau sesiapa ingin menyimpan rahsia…haha… kalau sesiapa nk cari awek junior, sila rujuk kepada beliau…

13.Fariman- pelajar dari kolej tentera… awek beliau bernama izzati… menjalankan bisnes sewa kereta.. mempunyai sebuah kancil berwarna merah… kalau nak tau kelas batal atau tak kami akan rujuk kepada beliau… 

14.Syakir- housemate fariman…berasal dari selangor…suka main game The Sims 2… berminat dalam design rumah… aku menjadi rakan kongsi beliau dalam satu bisnes… kawan baik beliau adalah seorang nurse..hehehe…. terlibat dalam tender makan malam bersama aku, epul, jai dan art…

15.Art- nama beliau khairul azhar… beliau boleh dikatakan sebagai bos aku dalam satu perniagaan…hehehe… dari segi gerak geri beliau dan juga percakapan, beliau boleh dikategorikan sebagai lalang terbesar…haha… muka beliau ni amat susah untuk ditafsirkan sama ada dia menipu atau pun bercakap betul… itulah kadang-kadang orang tidak selalu percaya cakap dia…

16.Tun- budok kelate dari gua musang… blogger adegankhayalantunteja… duduk belakang rumah haris.. mempunyai sebuah motor lagenda diimport dari gua musang bernombor pendaftaran DBE ataupun orang DEBE dari gua musang..mempunyai abang bernama Azizi di sini..hahaha…

17.Bak- housemate Tun..skrg dh jadi roomate Tun… blogger kepada bakthebugi…jambu giler dia ni…mempunyai nama yg eksotik sekali iaitu Badrul…nama sebenar beliau adalah zul…

18.pejol- budok ganu…aku kdg-kdg selalu ckp ganu dgn dia…ape lg aku nk ckp psal dia ni…ntah la…oohhh…dia ni awek keliling pinggang…hahaha…

19.amy wikipedia- budak 4flat…bijak, pandai, jiwang..hahahaha…. dia la salah satu ensiklopedia bergerak dan bernafas…so kami akan menjadikannya sebagai bahan rujukan kami…amat diperlukan khidmatnya ketika exam….budak praktikal di Royal Selangor..

 

dh abis semua review budak-budak course aku.. yg pmpuan tu sorila… jari aku dh penat berdansa di atas ini papan kekunci… anyway aku ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua rakan-rakanku… harap pada satu masa dapat kita gather ramai-ramai dan saling pangkah-memangkah… tak pun kita main game mafia.. ataupun kita bewawasan di atas motor Yamaha SS…

sekian…

Aku Kambing Hitam…

Posted in Peristiwa on November 11, 2008 by fackaladingdong

Syukran…. aku dh x bz lg… exam aku pun dh tamat… sekarang hanya sedikit persiapan dengan project presentation dan juga final dinner yang dianjurkan junior kami untuk menghalau final year student ini dari unimap… sampai hati korang buat senior macam ni… 

baru-baru ini aku telah diramal oleh seorang bomoh antarabangsa sebagai scratcher bersama dgn seorang lagi kawan aku seorang bdk itam yang mempunyai kereta… pndainya bomoh itu… aku dijadikan sebagai kambing hitam… aku tak kisah sangat bomoh antarabangsa ni nak fitnah aku.. yang penting aku berada pada pihak yang benar… aku tak buat salah… buat apa aku nak takut…

paling aku terkilan… kenapa percaya sangat dengan bmoh tu??? bmoh tu maksum ke??? ini boleh dianggap sebagai syirik kalau percayakan bomoh 100%… buat apa aku nak buat benda-benda macam tu… aku bukan ada masalah pun dengan orang lain… buat apa aku nak cari masalah pulak??? lagi satu ape kesalahan yang aku buat dan sampai sekarang orang lain tak tahu lagi??? biarlah aku fikir balik kesalahan apa yang aku buat tu…

akhir sem macam ni la baru nak palit tahi kat muka aku… kadang-kadang aku terfikir aku berada dalam keadaan seperti Anwar Ibrahim… Razak Baginda.. dan RPK… apa yang aku mampu buat hanya berserah kepada Yang Maha Adil… aku pasti pada suatu masa keadilan dapat ditegakkan…

sekian…