Archive for September, 2008

20

Posted in Umum on September 26, 2008 by fackaladingdong

hallo…darf ich mich vorstellen… ich bin afiq..ich kommen aus batu pahat in johor… und now ich wohnen in Perlis.. ich studiere an der universitat in Perlis…

menghitung hari…

lagi 1 hari aku akan merasai kehidupan sebagai budak belasan tahun…

lepas ni aku akan melangkah ke puluhan tahun…

Ich bedanke mich to all my friends especially fatin, and also my love myra…

sekian…

SELAMAT HARI RAYA

Posted in Umum on September 26, 2008 by fackaladingdong

aku mengalami kemurungan yang amat berganda… semua orang sudah balik..semua teruja nak balik kampung beraya…kesunyian aku keseorangan di dalam rumah ini tanpa seorang teman… hanya kadang-kadang seekor kucing memasuki rumahku…dengan kucing itulah aku bersembang untuk menghilangkan perasaan sunyiku..yang hairannya sepatah aku cakap seribu patah kucing itu membalas, seribu patah aku cakap sepatah ayat sahaja dia balas.. walaupun perbezaan bahasa, namun kami berdua amat seronok bercakap..sesekali kucing itu menggesel-gesel tubuhnya di badanku..

aku kesunyian lagi selepas kucing itu bosan bercakap denganku…kemurungan tercetus lagi… dalam situasi kesunyian sekarang ini, kemahiran mendengar aku dipraktikkan dengan mendengar radio dari handphone aku… kemahiran mendengar ini juga dipraktikkan dengan mendengar bunyi mercun yang meletup…stesen radio akan ditukar apabila lagu raya berkumandang…aku membuat rekod tahun ni, tiada satu lagu raya pun yang berkumandang di corong lap top aku ini…rekod terbaru aku…

sabtu pagi ni aku balik ke kedah…  jadi aku tidak akan di atas garisan selama seminggu, blog aku juga tidak akan update…

TO ALL MY FRIENDS, MY BLOGGER FRIENDS, AND ALL MUSLIMS WISHING ALL OF YOU SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN…

to my love myra, sory tahun ni kita tak dapat beraya bersama… love you…

sekian…

Anda Hebat!!!

Posted in Umum on September 24, 2008 by fackaladingdong

sejak kebelakangan ni aku jrang tido malam…byk perkara, masalah yg aku aku fikirkan menyebabkan aku tidak dapat tidur..masalah pengumpulan duit raya aku nanti, masalah kewangan, masalah projek aku, serta masalah peribadi…semua orang ada masalah dan jangan fikir kita seorang saja ada masalah…ada orang suka ceritakan masalah kepada individu lain, ada orang yang lebih suka untuk pendamkan masalah yang dihadapi, ada orang yang selesaikan masalah dengan pergi ke toilet dan menangis sepuas-puasnya, ada orang yang lebih suka mencatatkan masalah dalam diari, ada orang yang selesaikan masalah dengan menulis blog and so on..terpulang kepada individu tersebut untuk menyelesaikan masalah beliau…

setelah selesai masalah aku dengan projek aku, now satu lagi dugaan aku terima iaitu sedikit peribadi… sekarang aku ada medium baru untuk meluahkan masalah aku iaitu dengan menulis blog… satu statement berunsur fitnah aku dengar mengenai hubungan diplomatik aku dengan beliau sekarang… aku tak kisah kamu semua nak cakap apa… itu hak anda.. demokrasi.. yang penting aku dapat handle fitnah ni dengan baik…

aku dah mengesyaki seseorang yang memulakan fitnah ni…anda memang bagus…seumpama gunting dalam lipatan… seumpama musuh dalam selimut, seumpama tali barut, seumpama rama-rama yang terbang bebas di udara tanpa ada halangan…maaf,

fitnah anda itu tidak dapat menghancurkan hubungan demokratik aku dengan beliau… aku lebih kenal beliau lebih lama dari aku kenal anda.. aku dah faham dengan perangai beliau.. aku lebih faham perangai beliau lebih dari anda menilai perangai beliau dengan sekilas pemikiran anda.. jadi janganlah anda mempolitikkan perangai beliau untuk menyebarkan fitnah anda di sini… dengan orang lain anda boleh yakinkan mereka untuk mempercayai anda dan memburukkan imej beliau sebab mereka belum kenal sifat beliau yang sebenar dan meraka bodoh mempercayai anda sebulat-bulatnya tanpa sebarang usul periksa.. aku tahu niat jahat anda itu semenjak aku mempunyai sedikit keretakan hubungan diplomatik dengan beliau… sifat anda ini amat berbahaya sehingga anda dapat menghasilkan satu fitnah yang anda sedia tahu kebesaran dosa fitnah ini..

peringatan aku lebih baik anda bunuh sahaja beliau dari anda memfitnah beliau sebab dosa orang yang memfitnah itu lebih besar dari dosa membunuh…

sekian…

Skrip Ucapan

Posted in Umum on September 22, 2008 by fackaladingdong

terima kasih pengerusi majlis, saudari najlaaraihana(anda kejam,gurau je).

Hmm… asslamualaikum dan salam sejahtera kepada yang berhormat kepada sesiapa yang memulakan permainan tagged ni dan juga hadirin sekalian.

saya amat berterima kasih kepada saudari pengerusi majlis kerana telah berbesasr hati untuk menge’tag’ saya dalam menjawab soalan yg akan diajukan kepada sy selepas ini..

permulaannya sy akan letak gambar di bawah ucapan sy ini dan akan tag 5 bloggers utk menyusahkan hidup mereka..

5 bloggers yg sy akan tag adalah:

  • perempuankalispeluru
  • fae
  • nana
  • taz
  • makchu

hahaha…pdn muka korg…

dan di bawah adalah syarat yg seterusnya…

* Link to your tagger and post these rules on your blog.
* Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
* Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog

seterusnya saya akan jawab soalan tag tersebut.

SOALAN 1: 7 fakta tentang diri aku(aku benci soalan ini)…

  1. selepas berbuka puasa aku akan megorek hidung aku yang kadang-kadang penuh dengan bijih
  2. aku suka makan koko krunch sejak umur aku 5 tahun lagi
  3. ketinggian aku adalah 180cm iaitu lebih kurang sama tinggi dgn player kegemaran aku thierry henry.
  4. aku sebilik dengan naib presiden 2 mpp UniMAP
  5. aku suka warna orange
  6. aku sekarang ada misai dan janggut
  7. dan aku adalah berketurunan jawa dari Pulau Jawa

aku dah x tau nk tag sape…Klau aku tag tun dr.mahathir dia nk  jawab x tag aku??

SOALAN 2: Zaman persekolahan

2(a), 5 tabiat buruk anda time sekolah

  1. aku seorang pengawas High School BP yg pernah ponteng kelas serta ponteng sekolah
  2. aku suka mengutuk cikgu yg mana aku rasa mutu pengajaran mereka memang lemah
  3. aku slalu dtg awal ke sekolah utk meniru kerja sekolah kwn aku
  4. aku pernah kena rotan dgn pengetua
  5. sewaktu perhmpunan pg, aku in-charge dlm PA System tersebut dan aku tertukar CD school anthem dengan  CD senamrobik ketika nynyian pagi..nasib baik aku perasan dan x tekan button play lg…

2(b), 3 subject favourite aku..kena beri sebab..

  1. Fizik… aku teramat suka dengan subjek ni..x tahu kenapa..mgkin sebab cara penyelesaian masalah dia menggunakan teori pengiraan dan juga logik akal…
  2. Sejarah…aku memang ingin tahu peristiwa-peristiwa yang lepas dan aku suka jalan cerita sejarah melayu…
  3. Bahasa Melayu…senang sgt bg aku nak score sebab cikgu Hasanah suka paksa aku buat karangan dan juga rumusan…

2(c), 3 subject bukan favourite…kena beri sebab..

  1. biologi..aku x suka sbject yg hanya menghafal segala teori yg mmg dr dlu same…lg satu cikgu aku dulu ckp teramat la perlahan..pkai mic dpt la dgr skit…kena duk depan2 bru dgr…
  2. kimia..sbebenarnya aku suka sbject ni ketika kaki aku melangkah masuk universiti..time sekolah mmg x suka dan x tahu kenapa..
  3. add math..cikgu dia x amik berat sgt psal student dia…aku pun wat x kisah la psal sbjek ni…

SOALAN 3: Tentang aku

3(a),menarik pada kamu

  • ape yang menarik sgt psal aku??? x tahu la…mungkin ketinggian aku yg nmpk aku menarik..haha.. dan juga muka aku ni Puan Mas Jamilah cakap mcm muka study..aku ada mata utk melihat,ada telinga utk mendengar,ada hidung utk korek idung..eh utk menhidu dan bernafas..ada mulut utk makan dan bercakap…

3(b), anda tak boleh hidup tanpa

  • pedoman, ilmu dunia dan akhirat…mstilah aku x bleh idup klau x de roh aku dan juga x bleh idup tanpa jasad aku…

3(c),malam sebelum tidur siapa anda hubungi…

  • awek aku la..Amirah Syazana…sape lg…tu pun dia yg slalu call aku…klau aku trus tido je…x de mase la nk call semua ni…

sekian sahaja ucapan saya setakat ini…

terima kasih…

sekian..

Waktu Sahur Yang Terhibur

Posted in Umum on September 18, 2008 by fackaladingdong

Alhamdulillah…

selepas bersahur tadi aku sedikit terhibur dengan kerenah rakan-rakanku selepas semalaman bad mood dengan fyp aku… kami berlima terikat dengan tender sahur kami dan setiap hari ada pembahagian tugas masing-masing untuk mencari lauk, masak nasi, dan buat air.

kami berlima ini yang boleh aku kiaskan adalah aku, polylagenda, helmet KHi, The Sims 2, dan juga prebet Palapes. puas aku tidur selepas kepenatan dengan fyp aku dan bangun tido terus sahur..

Polylagenda ni perangai dia sedikit lawak dan berkias-kias.. aku dan The Sims 2 sepatutnya menyiapkan makanan untuk bersahur ttp dek kerana kepenatan kami tertido dan yang menyiapkan juadah bersahur hari ini adalah helmet KHi dan polylagenda.. aku dan The Sims 2 diibaratkan seperti anak raja hari tu.. hahahahaha…

mcm biasa la perangai polylagenda ni kalau dia tak puas ati.. macam-macam kutukan bahasa kiasan dilemparkan terhadap kami yang tidak membuat kerja…serius polylagenda…aku tak pandai masak nasi… ok polylagenda, anda ada point.. ada ubi ada batas.. haha..

kami berdua akan cari point anda selepas ini… well pagi tu aku sedikit terhibur dan selepas ni aku akan pergi menyiapkan fyp aku… doakan aku berjaya…

sekian…

Tidak sedar, Separuh sedar atau Sedar…

Posted in Umum on September 18, 2008 by fackaladingdong

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun… Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya…

thanks to my dear myra sebab bagi aku kesedaran dgn ayat ini..hampir menangis aku baca ayat ni dan aku telah sedar segala apa yang telah aku lakukan… 😦

semalam aku macam biasa buat projek aku tapi memang malang nasib aku..semua projek aku buat semalam semua tak jadi..terasa seperti aku langsung tak siapkan projek aku semalam..due date projek ni dah nak tamat tapi lagi 30% lagi projek aku tak siap-siap even aku dah berusaha nak siapkan secepat mungkin..

balik ke rumah dalam keadaan yanng teramat tertekan, dan kadang-kadang aku tefikir kenapa aku ditimpa dugaan sebesar ini..kadang-kadang aku menyalahkan Yang Maha Esa sebab beri aku dugaan sebesar ini di bulan mulia ini sehingga aku terasa ingin berbuka puasa aku semalam…teramat moody aku sehingga la aku baca ayat yang Myra bagi kat aku barulah aku sedar akan kesalahan aku itu… aku sedar segala dugaan aku hadapi ini adalah sebahagian daripada dugaan dari Allah..

Ya Allah, ampunilah segala kesalahan yang telah aku lakukan kepadaMu dan juga terhadap rakan-rakanku..

Kepada rakan-rakanku, aku memohon maaf segala aku lakukan yang menyebabkan kamu semua terasa akan perbuatan aku secara sengaja atau tidak sengaja…

Semoga aku dapat menghadapi dugaan aku seterusnya dengn tabah dan semoga Final year project aku dapat disiapkan mengikuti apa yang telah dijadualkan…

sekian…

Tiada perasaan

Posted in Umum, Uncategorized on September 17, 2008 by fackaladingdong

Syukur sudah 18 hari kita berpuasa. Masih tinggal lebih kurang dua minggu lagi untuk kita habiskan puasa ini dan seterusnya akan menyambut Syawal(bulan Syawal bukan kawanku yang bernama Syawal) yang bakal  tiba… Raya dah nak dekat??? Langsung tiada satu pun perasaan aku terfikir untuk menyambut Aidilfitri tahun ini..

hmm…aku tak teruja nak sambut aidilfitri yang bakal menjelma..aku tak suka mendengar lagu raya..mungkin lagu raya tu memberi maksud keriangan menyambut aidilfitri.mak aku call dan tanya aku, “baju raya dah beli belum?” aku jawab  ” dah nak raya ke?? nanti la kalau terfikir nak raya beli la baju raya tu..”

tahun ni aku raya kat kedah, memang dekat la aku nak balik kampung dari perlis ni. tak payah pening-pening nak cari tiket bas, bajet tiket pun dapat didebitkan ke perbelanjaan aku.. memang aku tak feel raya la kalau aku tak buat benda-benda ni. satu lagi masalah tak dapat nak beraya kat rumah kawan-kawan, awek, awek, dan awek. boring lepak kat rumah nenek aku pakai baju melayu sambil makan ketupat…

terima kasih kepada najlaa kerana sudi menghantar kad ucapan selamat hari raya kepada aku..selepas dua tahun aku tak pernah dapat kad raya akhirnya berjaya juga aku dapat kad raya…

jadi kepada kawan-kawan aku yang berada di batu pahat dan terengganu, selamat hari raya…

sekian…