Archive for September 24, 2008

Anda Hebat!!!

Posted in Umum on September 24, 2008 by fackaladingdong

sejak kebelakangan ni aku jrang tido malam…byk perkara, masalah yg aku aku fikirkan menyebabkan aku tidak dapat tidur..masalah pengumpulan duit raya aku nanti, masalah kewangan, masalah projek aku, serta masalah peribadi…semua orang ada masalah dan jangan fikir kita seorang saja ada masalah…ada orang suka ceritakan masalah kepada individu lain, ada orang yang lebih suka untuk pendamkan masalah yang dihadapi, ada orang yang selesaikan masalah dengan pergi ke toilet dan menangis sepuas-puasnya, ada orang yang lebih suka mencatatkan masalah dalam diari, ada orang yang selesaikan masalah dengan menulis blog and so on..terpulang kepada individu tersebut untuk menyelesaikan masalah beliau…

setelah selesai masalah aku dengan projek aku, now satu lagi dugaan aku terima iaitu sedikit peribadi… sekarang aku ada medium baru untuk meluahkan masalah aku iaitu dengan menulis blog… satu statement berunsur fitnah aku dengar mengenai hubungan diplomatik aku dengan beliau sekarang… aku tak kisah kamu semua nak cakap apa… itu hak anda.. demokrasi.. yang penting aku dapat handle fitnah ni dengan baik…

aku dah mengesyaki seseorang yang memulakan fitnah ni…anda memang bagus…seumpama gunting dalam lipatan… seumpama musuh dalam selimut, seumpama tali barut, seumpama rama-rama yang terbang bebas di udara tanpa ada halangan…maaf,

fitnah anda itu tidak dapat menghancurkan hubungan demokratik aku dengan beliau… aku lebih kenal beliau lebih lama dari aku kenal anda.. aku dah faham dengan perangai beliau.. aku lebih faham perangai beliau lebih dari anda menilai perangai beliau dengan sekilas pemikiran anda.. jadi janganlah anda mempolitikkan perangai beliau untuk menyebarkan fitnah anda di sini… dengan orang lain anda boleh yakinkan mereka untuk mempercayai anda dan memburukkan imej beliau sebab mereka belum kenal sifat beliau yang sebenar dan meraka bodoh mempercayai anda sebulat-bulatnya tanpa sebarang usul periksa.. aku tahu niat jahat anda itu semenjak aku mempunyai sedikit keretakan hubungan diplomatik dengan beliau… sifat anda ini amat berbahaya sehingga anda dapat menghasilkan satu fitnah yang anda sedia tahu kebesaran dosa fitnah ini..

peringatan aku lebih baik anda bunuh sahaja beliau dari anda memfitnah beliau sebab dosa orang yang memfitnah itu lebih besar dari dosa membunuh…

sekian…