Archive for October, 2008

tiada idea

Posted in Umum on October 18, 2008 by fackaladingdong

kepenatan aku hari ini selepas Sport inter college bola keranjang tadi… hampa dengan ketiadaan pengurus pasukan(tun dan haris) yang masih lena diulit mimpi… aku masih online… menunggu sesuatu dalam peti masuk e-mail aku… sesuatu yang penting… sesuatu yang penting sebagai carry mark aku untuk final exam aku… apa lagi… assignment la… namun hampa… apa yang dijanjikan hanya palsu…

jumaat malam lepas ada makan-makan di Kubang gajah… sambutan Aidilfitri@UniMAP… bila aku dapat tahu bahawa malam tersebut ada majlis sambutan hari raya… apa yang ada dalam benak fikiran aku hanya dua perkara sahaja:

  1. Makanan percuma, makanlah sebanyak mana yang mampu
  2. Duit raya
tapi tahun ini tidak semeriah sambutan aidilfitri tahun lepas… tiada artis jemputan(aku tak heran sangat pasal artis ni), dan perubahan yang paling drastik adalah booth makanan yang nampak sedikit… sate, nasi lemak, capati, aiskrim, dan ABC sahaja yg ada… berbeza dgn tahun lepas yg mempunyai pelbagai pilihan makanan… tapi aku tetap bersyukur dapat makan percuma serta Dato’ VC bg duit raya RM10… terima kasih Dato’… Inilah kelebihan yang ada pada UniMAP… aku sayang UniMAP (secara ikhlas)…
sekian…
Advertisements

Phone conference in world war II with pemiutang…

Posted in Umum on October 16, 2008 by fackaladingdong

perbualan telefon dgn seseorang :

aku: hello…ada kat mana tu?? buat ape tu??

beliau: hello…ada kat hotel…duk main-main kot blkang..

aku: ha???? biar betul??? main kot blakang??

beliau: ish!!! main-main kat blkang hotel ni…jln2 tepi pantai…

aku: ooo…hahahahahahha(selama 10saat)…lain kali ckp tu biar terang!!!

beliau: haaa..yela…ada apa call ni???

perbualan seterusnya aku tak nak bg tau..hehehe….

huish…already 2 a.m…aku x dpt tido lg…puas tido di siang hari… website nst dibuka dan aku perasan tentang artikel ni…

Third World War II bomb found at university campus site :

KANGAR, THURS: 

A World War II bomb was unearthed today at the site of the Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) campus in Ulu Pauh near here, the third such bomb to be found there so far.

The 430-kg bomb was spotted by heavy machinery operator Muhammad Ismail Mohd Ali, 25, when levelling the site at the hilly area at about 3.30 pm. 

He informed his supervisor who made a police report. 

Chief Inspector Zainuddin Che Engku Chik, an officer of the Bomb Disposal Unit at the Perlis police headquarters, said the 200-cm long bomb was the biggest found so far in the area and that it would be detonated at 8 am tomorrow. 

He said the unit had built a three-metre high barrier around the bomb to contain flying shrapnel. 

“The police will temporarily close the road near the campus site during the detonation as the force of the blast is expected to be felt two kilometres away,” he said.
amaran kepada student unimap yg akn masuk ke kampus baru itu!!! sentiasa la bertaubat semoga anda semua syahid dlm menuntut ilmu… hahahaha…
ok…aku nk buat announcement skit… kepada pemiutang-pemiutang yg mmberi hutang kpd aku…tlong inform kat aku klau aku masih belum settlekan hutang-hutang anda semua…. klau boleh bgtau tarikh, masa, dan tempat aku hutang anda…
sekian…

specification : what we dont expect except(unless) we have to accept it..

Posted in Umum, Uncategorized on October 14, 2008 by fackaladingdong

aritu aku ada pergi kangar naik bus… bila aku masuk bus tersebut, terasa sesuatu bergesel atas kepala aku…ooo, rupanya rambut aku mencecah siling bus tersebut… mungkin bus ni buatan jepun dan mengikut japanese specification…bus ni bukan malaysian specification sebab tidak mengikut ketinggian aku..aku malaysian…

aku duduk dalam bus tu…sekali lg bukan malaysian specification…ruang kaki aku terasa amat sempit ketika aku duduk dalam bus… aku tak sangka melainkan aku terpaksa menerima situasi itu…

aku bawak kereta kancil…aku terpaksa adjust kedudukan kerusi kereta untuk ke belakang lagi kalau aku nak memandu kancil… terus terang kereta kancil bukan malaysian standard… kereta kancil adalah penyalinan semula daripada model daihatsu mira oleh syarikat perodua… aku tak sangka kereta kancil itu kereta standard jepun tetapi aku terpaksa menerima kenyataan ini… 

aku bukak profile friendster kawan aku…aku view picture dia… masa sekolah dulu dia pakai tudung labuh.. mengikut specification of school discipline… aku tengok picture comment dia… ada commenter bernama **** comment pic dia skolah dulu… dia cakap kawan aku ni skema sebab pakai tudung labuh… aku tak sangka pakai tuduh labuh pun dituduh skema… terpaksa menerimanya kerana kita memang ada specification untuk rang-orang skema…

aku pegi kelas quality management… en.fatullah lecture ttg quality standard…menceritakan tentang specification…malaysian standard…dan lain2 lg… aku mmg boring dalam kelas ini… aku tak sangka aku mengelamun dalam kelas dan terpaksa akur aku tak faham satu ape pun lecture aritu..

Peristiwa 4

Posted in Peristiwa on October 12, 2008 by fackaladingdong

hmm..kenyang mkn piza..syukran..hehe…

aku ada seorang sepupu..nama dia mohd kamarul arif…beliau mempunyai rmbut yg unik…afro..ketinggian yg sama dgn aku…sekarang beliau bekerja dkt KL or Shah Alam…terlupa kerja apa..tp dlm arcitechture la… beliau mempunyai band underground iaitu blood on wedding dress…secara jujur aku tak pernah dgr lagu dia..hahaha… tak promote kat sepupu sgt… dulu masa aku masih lg budak hingusan dlm band underground… dia pernah ckp sebab masuk underground untuk menyuarakan pendapat berkenaan isu yg berkaitan dgn kerajaan… 

blood on wedding dress semasa japan tour 2007

Gig akan datang..

ok..dh abis promote…aku ada satu peristiwa berkenaan dgn beliau ini…

beberapa tahun yg lepas..aku tak ingt tahun ape..mybe tahun kambing kot berlokasi di JB…bapak sedara aku ada mengadakan kenduri perkahwinan anak beliau…sepupu aku… so pada hari itu semua sedara-mara aku berkumpul bersama-sama untuk menjayakan majlis tersebut… kami sepupu-sepapat pada masa itu akan menjadi ahli majlis rewang(perkataan jawa bermaksud tolong-menolong untuk memastikan majlis berjalan lancar) untuk kenduri tersebut… aku bersama 4 org sepupu aku termasuk Kamal dibahagikan tugas untuk mencuci pinggan… 

selalunya orang yg meyertai rewang ini akan diberi sehelai tuala kecil (bkn kotex,oppss..) sebagai tanda orang rewang…tuala ini akan diletakkan di atas bahu, disangkut pada tengkuk mahupun diikat di kepala… selepas mendapat tuala sehelai seorang, tiba-tiba si Kamal ini bersuara dgn nada teruja… “ikat tuala kat kepala baru nmpak macam kongsi gelap sikit!!!”

semua sepupu aku dlm group cuci pinggan tercengang… dan salah sorang drpd kami bersuara…

“sape nak kongsi gelap ngan ko??!!! aku tak nak..nanti aku makin gelap…kalau kongsi cerah takpe gak..”

dengan muka yg menunduk sikit sambil tersengih… si kamal pasrah…

secara kebenarannya…si kamal ni memang gelap… dan dia mahu ajak sepupu sepapat aku kongsi kegelapan beliau itu…. 

sekian…

Award untuk saya dan juga untuk anda

Posted in Umum on October 12, 2008 by fackaladingdong

first of all…thanks to taz kerana telah memberi satu penghargaan kepada blog aku… amat terharu dengan penghargaan ini…semoga award ini dpt meningkatkan mutu mutu penulisan blog aku.. 🙂

 

The rules:

1. Bagi just kat orang yang dirasakan GILA-GILA / BEST

2. Bagi kat 5 orang sahaja.
3. Link orang yang terima award ni
4. Sesiapa dapat Award ni DiWAJIBkan buat POSTING sebab dia dapat award ni kat blog dia
5. Beritahu orang yang dapat award ini kt blog dia ok !! (buat trackback sahaja pun sudah memadai)

 

ok..dengan ini aku menyerahkan award ini kepada blogger yg aku suka baca penulisan mereka…

 

  1.  HarisHafiz
  2. adegankhayalan
  3. faefreakpaperdoll
  4. pkp publisiti si padi bunting eh, si bunting padi
  5. D_ordinary fatehah
walaupun ada antara mereka ni yg aku jarang comment…jgn risau aku sentiasa mengikuti perkembangan anda… seperti iklan DiGi si orang kuning.. i follow…i follow…
oh ya… satu lagi blog yg aku suka baca…tp limit award ini hanya untuk 5 orang sahaja.. so aku namakan penghargaan untuk beliau sebagai MistaFiq’s Most Favourite Blog…
THIS AWARD GOES TO:
NAJLAARAIHANA
 
sekian…

Aku Insaf Kini

Posted in Love on October 7, 2008 by fackaladingdong

sepasang suami isteri membawa anak lelaki mereka pulang berhari raya ke kampung halaman si suami…

si anak teruja dengan suasana di kampung itu. ditanya kepada ayahnya perihal pokok nangka, si ayah menjelaskan pokok nangka itu ditanam oleh bapanya iaitu datuk kepada anak lelakinya..

dek teruja dengan suasana kampung itu si anak berlari ke satu tempat yang disangkakannya sebatang sungai… si ayah menerangkan bahawa sungai yang disangkakan anaknya itu sebenarnya adalah sebuah kolam ikan yang juga kepunyaan datuk anak lelakinya..

pada malam hari si ayah membawa anaknya untuk ke kamar tidur dan memberitahu anaknya katil yang anaknya tidur itu adalah katil kepunyaannya dahulu..si anak teruja dengan katil ayahnya itu yang sudah lama dimakan usia…

keesokan paginya iaitu hari raya, si anak memohon maaf kepada kedua ibu bapanya… selepas bermaafan si anak beredar dan sebelum itu sempat menanyakan ayahnya kenapa mereka harus beraya di kampung sedangkan datuk dan neneknya sudah lama tiada… si ayah memberitahu bahawa semasa kedua ibu bapanya masih ada, dia langsung tidak balik menjenguk kedua ibu bapanya itu… dan si anak bertanya lagi,

“telefon pun tak pernah ke?”

sebaik si ayah mendengar pertanyaan anaknya itu, dia nyata terkelu untuk menjawab dan sedikit menahan sebaknya…

Hulurkan tangan selagi mereka mampu menyambutnya…(cerita ini adalah petikan daripada iklan kumpulan TM sempena hari raya aidilfitri)

sedikit tersentuh hatiku menonton iklan ini, aku terus teringatkan keluarga aku yang berada di kampung.. terasa ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan mereka… mungkin selama ini aku asyik sibuk dengan aktiviti harian aku sampai aku terlupa untuk menghubungi mereka… mungkin juga aku asyik gembira bersama kawan-kawan menyebabkan aku terlupa untuk mengingati mereka… mungkin disebabkan aku telah mempunyai pasangan menyebabkan aku terlupa untuk mengetahui keadaan mereka di kampung…

kta tidak pernah terfikirkan perkara ini, kita selalu memandang enteng dengan perkara seperti ini… disebabkan kita telah mempunyai pasangan, ternyata kita lebih mengambil berat dengan pasangan kita… setiap hari bertanyakan khabar, buat apa tu, sudah makan ke belum, dan macam-macam lagi pertanyaan ditujukan untuk menunjukkan kita mengambil berat terhadap pasangan kita sehinggakan kita terlupa untuk mengambil berat keadaan kedua ibubapa kita…

mulai sekarang, aku tidak akan mengambil mudah dengan perkara seperti ini,sebelum kita menyesal di kemudian hari… macam orang putih cakap, family first, orang melayu cakap, utamakan keluarga anda, orang jawa cakap…(ntah aku tak ingat)…. 

perihal pasangan??? aku lebih suka pendekatan islam iaitu taaruf… betul tak bahadul(harishafis)??

 

sekian…

Peristiwa 3

Posted in Umum on October 6, 2008 by fackaladingdong

pada suatu hari di sebuah kampung yang tenang, seorang budak lelaki yang baru berpindah ke kampung itu pulang dari sekolah dengan menaiki motorsikal kepunyaan bapanya. rumah barunya itu adalah peninggalan daripada datuk dan neneknya dan sekarang diwarisi oleh bapanya dan rumah pusaka tersebut telahpun berusia lebih 70tahun serta telah mengalami perubahan setiap tahun. di depan dan belakang rumah terdapat kebun kepunyaan bapa beliau. aktiviti harian budak lelaki ini selepas sekolah adalah membuat kerja sekolah dan meyiapkan segala latihan pelajarannya.

setelah siap dengan kerja sekolahnya, beliau akan menonton tv ataupun membaca surat khabar Berita Harian yang dilanggan oleh bapanya. helaian demi helaian mukasurat Berita Harian ditatap oleh beliau. selepas itu akhbar the New Straits Times pula akan diambil untuk dibaca. difahami setiap ayat yang dibaca oleh beliau dan diingati dalam memorinya. begitulah aktiviti beliau selepas waktu sekolah. beliau mempunyai tabiat merokok tetapi tidaklah seperti mengalami ketagihan yang teruk dengan asap mengandungi nikotin itu.

diceritakan pada suatu hari ketika musim buah-buahan tempatan, rakan-rakan beliau ingin bertandang ke rumah beliau untuk menikmati buah-buahan tempatan yang segar di kebun beliau. rakan-rakan beliau pun boleh dikatakan merokok juga. sebelum masuk ke kebun, ayah beliau telah menasihati beliau dan rakan-rakannya. berikut adalah ucapan ayah budak lelaki ini:

“Hati-hati masuk kebun tu yer…makanlah ape-ape buah yang ada dalam sana..ni masuk kebun mesti dah bawa ubat nyamuk sorang sekotak kan… tak pe..pak cik faham, dalam kebun tu banyak nyamuk lepas makan buah mesti lagi syok hisap ubat nyamuk tu…”

mereka semua tercengang dengan kata-kata bapa budak lelaki tersebut dan dengan muka yang malu mereka semua masuk ke dalam kebun dengan membawa ubat nyamuk berjenama Fumakilla dan juga jenama Marlboro…

sekian…