Archive for the Keagamaan Category

Posted in Keagamaan on April 14, 2009 by fackaladingdong
Ya allah,
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-mu kepadaku,
maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-mu,
dan campakkanlah dalam hatinya, cinta kepadaku adalah kerana-mu.
Namun, andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-mu kepadaku,
Berikanlah Aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian, yang kau berikan kepadaku.
Ya allah,
jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-mu.
Ya rabbana,
jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-mu.
Ya rabbul izzati,jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-mu.
Ya allah,jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga-mu.
Ya allah, jika aku menikmati cinta kekasih-mu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-mu
Ya allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-mu,janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-mu.
Ya allah,
jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-mu.

Lailatul Qadr

Posted in Keagamaan on September 13, 2008 by fackaladingdong

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SAW) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN. PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA UNTUK CARI MENCARI ALAM LAILATUL QADAR, JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

ISNIN – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

SELASA ATAU JUMAAT – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas.

Ini sahaja tips yang dapat dikongsikan jika seseorang ingin mencari keberkatan pada malam lailatul qadar.

Tp janganlah pada malam-malam ini sahaja baru nak beribadat…

Dengan izin Allah tahun ini malam lailatul qadar jatuh pd mlm 21Ramadhan..

Tanda malam Qadar ialah :

malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

sekian…Selamat menjalani ibadat pada bulan yang mulia ini…