Archive for the Love Category

Aku Insaf Kini

Posted in Love on October 7, 2008 by fackaladingdong

sepasang suami isteri membawa anak lelaki mereka pulang berhari raya ke kampung halaman si suami…

si anak teruja dengan suasana di kampung itu. ditanya kepada ayahnya perihal pokok nangka, si ayah menjelaskan pokok nangka itu ditanam oleh bapanya iaitu datuk kepada anak lelakinya..

dek teruja dengan suasana kampung itu si anak berlari ke satu tempat yang disangkakannya sebatang sungai… si ayah menerangkan bahawa sungai yang disangkakan anaknya itu sebenarnya adalah sebuah kolam ikan yang juga kepunyaan datuk anak lelakinya..

pada malam hari si ayah membawa anaknya untuk ke kamar tidur dan memberitahu anaknya katil yang anaknya tidur itu adalah katil kepunyaannya dahulu..si anak teruja dengan katil ayahnya itu yang sudah lama dimakan usia…

keesokan paginya iaitu hari raya, si anak memohon maaf kepada kedua ibu bapanya… selepas bermaafan si anak beredar dan sebelum itu sempat menanyakan ayahnya kenapa mereka harus beraya di kampung sedangkan datuk dan neneknya sudah lama tiada… si ayah memberitahu bahawa semasa kedua ibu bapanya masih ada, dia langsung tidak balik menjenguk kedua ibu bapanya itu… dan si anak bertanya lagi,

“telefon pun tak pernah ke?”

sebaik si ayah mendengar pertanyaan anaknya itu, dia nyata terkelu untuk menjawab dan sedikit menahan sebaknya…

Hulurkan tangan selagi mereka mampu menyambutnya…(cerita ini adalah petikan daripada iklan kumpulan TM sempena hari raya aidilfitri)

sedikit tersentuh hatiku menonton iklan ini, aku terus teringatkan keluarga aku yang berada di kampung.. terasa ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan mereka… mungkin selama ini aku asyik sibuk dengan aktiviti harian aku sampai aku terlupa untuk menghubungi mereka… mungkin juga aku asyik gembira bersama kawan-kawan menyebabkan aku terlupa untuk mengingati mereka… mungkin disebabkan aku telah mempunyai pasangan menyebabkan aku terlupa untuk mengetahui keadaan mereka di kampung…

kta tidak pernah terfikirkan perkara ini, kita selalu memandang enteng dengan perkara seperti ini… disebabkan kita telah mempunyai pasangan, ternyata kita lebih mengambil berat dengan pasangan kita… setiap hari bertanyakan khabar, buat apa tu, sudah makan ke belum, dan macam-macam lagi pertanyaan ditujukan untuk menunjukkan kita mengambil berat terhadap pasangan kita sehinggakan kita terlupa untuk mengambil berat keadaan kedua ibubapa kita…

mulai sekarang, aku tidak akan mengambil mudah dengan perkara seperti ini,sebelum kita menyesal di kemudian hari… macam orang putih cakap, family first, orang melayu cakap, utamakan keluarga anda, orang jawa cakap…(ntah aku tak ingat)…. 

perihal pasangan??? aku lebih suka pendekatan islam iaitu taaruf… betul tak bahadul(harishafis)??

 

sekian…

Advertisements

090908

Posted in Love on September 9, 2008 by fackaladingdong

today, 090908…the most precious date to me…

today,afiq and myra already in a relation for about 33months..

12months a year…33-12=21months, 1year…

21-12=9months, 1year…

that’s mean 2 years 9 months…

i love you dear…