Archive for the Peristiwa Category

Tribute to Mr.Aghh (Mr.R)

Posted in Peristiwa on September 12, 2009 by fackaladingdong

hallo…wie geht’s?

selamat kembali seteleh hampir 5 bulan menyepi…

Tun Dr. Mahathir pernah berkata… melayu mudah lupa…

Tun Tenuk Tung pula berkata…kawan-kawan jangan quit blog…

apa yang Tun merepek ni?!! bila masa aku cakap nak quit blog?? dan sejak bila pula aku jadi kawan Tun???(berhalusinasi sebentar)…

………

kehairanan melanda apabila kawan aku bertanyakan mengenai kereta pghoton wigha, pghoton iswagha…ataupun chevgholet…kereta brand apa tu???

aku tak tahu nama brand yang beliau katakan…tapi aku dapat mengagak kereta prrroton wirrra..prrroton iswarrra, dan chevrrrolet…

kemungkinan lidah beliau susah untuk meyebut perkataan yang mempunyai huruf ‘R’…cuba anda selesaikan perkataan di bawah,

1. Aghau

2.Peghodua

3.Kenaghi

4.WAghK 3489

5.Fghenster

perkataan-perkataan di atas berkemungkinan adalah ejaan terbaru dan belum diterbitkan oleh Dewan Bahasa..

Aghhh…(Arghhh)…jaghiku semakin layu untuk menaip…mataku semakin beghat untuk menahan mengantuk….

teghhbalik…

jaghiku semakin beghat untuk menaip…mataku semakin layu untuk menahan mengantuk…

hidup aku menjadi tidak noghmal sejak akhir ini…seperti seekor kelawar yang aktif di malam hari, pasif di siang hari…

cek pi tidoq dulu na…

hastapghonto…(hastapronto)…

sekian…

Mahal tau benda alah ni…

Posted in Peristiwa on March 22, 2009 by fackaladingdong

aktiviti selepas tamat praktikal…

dsc017941Optimus Prime

dsc017961

Menjadi Prime Mover bersenjata

dsc01795dan menjadi Prime mover biasa…

yeah…

sekian…

Aku Kambing Hitam…

Posted in Peristiwa on November 11, 2008 by fackaladingdong

Syukran…. aku dh x bz lg… exam aku pun dh tamat… sekarang hanya sedikit persiapan dengan project presentation dan juga final dinner yang dianjurkan junior kami untuk menghalau final year student ini dari unimap… sampai hati korang buat senior macam ni… 

baru-baru ini aku telah diramal oleh seorang bomoh antarabangsa sebagai scratcher bersama dgn seorang lagi kawan aku seorang bdk itam yang mempunyai kereta… pndainya bomoh itu… aku dijadikan sebagai kambing hitam… aku tak kisah sangat bomoh antarabangsa ni nak fitnah aku.. yang penting aku berada pada pihak yang benar… aku tak buat salah… buat apa aku nak takut…

paling aku terkilan… kenapa percaya sangat dengan bmoh tu??? bmoh tu maksum ke??? ini boleh dianggap sebagai syirik kalau percayakan bomoh 100%… buat apa aku nak buat benda-benda macam tu… aku bukan ada masalah pun dengan orang lain… buat apa aku nak cari masalah pulak??? lagi satu ape kesalahan yang aku buat dan sampai sekarang orang lain tak tahu lagi??? biarlah aku fikir balik kesalahan apa yang aku buat tu…

akhir sem macam ni la baru nak palit tahi kat muka aku… kadang-kadang aku terfikir aku berada dalam keadaan seperti Anwar Ibrahim… Razak Baginda.. dan RPK… apa yang aku mampu buat hanya berserah kepada Yang Maha Adil… aku pasti pada suatu masa keadilan dapat ditegakkan…

sekian…

Peristiwa 4

Posted in Peristiwa on October 12, 2008 by fackaladingdong

hmm..kenyang mkn piza..syukran..hehe…

aku ada seorang sepupu..nama dia mohd kamarul arif…beliau mempunyai rmbut yg unik…afro..ketinggian yg sama dgn aku…sekarang beliau bekerja dkt KL or Shah Alam…terlupa kerja apa..tp dlm arcitechture la… beliau mempunyai band underground iaitu blood on wedding dress…secara jujur aku tak pernah dgr lagu dia..hahaha… tak promote kat sepupu sgt… dulu masa aku masih lg budak hingusan dlm band underground… dia pernah ckp sebab masuk underground untuk menyuarakan pendapat berkenaan isu yg berkaitan dgn kerajaan… 

blood on wedding dress semasa japan tour 2007

Gig akan datang..

ok..dh abis promote…aku ada satu peristiwa berkenaan dgn beliau ini…

beberapa tahun yg lepas..aku tak ingt tahun ape..mybe tahun kambing kot berlokasi di JB…bapak sedara aku ada mengadakan kenduri perkahwinan anak beliau…sepupu aku… so pada hari itu semua sedara-mara aku berkumpul bersama-sama untuk menjayakan majlis tersebut… kami sepupu-sepapat pada masa itu akan menjadi ahli majlis rewang(perkataan jawa bermaksud tolong-menolong untuk memastikan majlis berjalan lancar) untuk kenduri tersebut… aku bersama 4 org sepupu aku termasuk Kamal dibahagikan tugas untuk mencuci pinggan… 

selalunya orang yg meyertai rewang ini akan diberi sehelai tuala kecil (bkn kotex,oppss..) sebagai tanda orang rewang…tuala ini akan diletakkan di atas bahu, disangkut pada tengkuk mahupun diikat di kepala… selepas mendapat tuala sehelai seorang, tiba-tiba si Kamal ini bersuara dgn nada teruja… “ikat tuala kat kepala baru nmpak macam kongsi gelap sikit!!!”

semua sepupu aku dlm group cuci pinggan tercengang… dan salah sorang drpd kami bersuara…

“sape nak kongsi gelap ngan ko??!!! aku tak nak..nanti aku makin gelap…kalau kongsi cerah takpe gak..”

dengan muka yg menunduk sikit sambil tersengih… si kamal pasrah…

secara kebenarannya…si kamal ni memang gelap… dan dia mahu ajak sepupu sepapat aku kongsi kegelapan beliau itu…. 

sekian…

Peristiwa 2

Posted in Peristiwa on October 4, 2008 by fackaladingdong

tarikh : lupa 2008

lokasi : rumah, batu pahat

pagi yg gelap kini sudah terang, aku adikmu dan engkau abg..aku amat merinduimu..sory aku melalut.. waktu itu mmg pagi, ternampak abang aku bersiap-siap utk pergi ke tempat kerja dia ataupun kawan dia, Maybank kawanku.. sungguh wangi bau semburan perfume dia smpai terencat otak aku nk smbung tido..dan tiba-tiba ternampak dia memakai seutas jam tgn Rado berwarna putih milikku..

aku : oit..apsal pkai jam aku??

abg : kenape? tak boleh?

aku : ape sebab ko nk pkai jam aku?

abg : sebab aku kan abg…

aku : (terkelu sambil tersengih mcm kerang wangi) silalah pkai..anda ada sebab pkai jam aku..

sejak dari peristiwa itu aku membenci dgn iklan DiGi dan aku tak akan melanggan talian itu seumur hidup aku.. tp mmg bagus la iklan itu untuk mengingatkan kita supaya menghormati org yg lebih tua… dan juga hubungan adik beradik tidak akan putus seperti air yg dicincang..

sekian…

Peristiwa 1

Posted in Peristiwa on October 3, 2008 by fackaladingdong

lokasi : Mesin ATM Kg.Wai

Tujuan : mengeluarkan duit

damn…pnjang plak barisan…tapi tidak mengapa demi mengeluarkan duit perbelanjaan aku(poket kosong),aku kena beratur juga…

sepanjang beratur di mesin ATM, tiba-tiba terbau suatu aroma yang sangat wangi…deria bauku menggila mencari punca aroma tersebut..rupa-rupanya ada seorang awek cun di belakang aku…seingat aku awek tu duduk kat kg.wai…

“inilah masanya untuk berlagak macho”,hatiku berbisik…(sayang myra jangan marah.. 😛 ) tapi, macamana untuk aku tunjuk ke’macho’an aku? pemerahan idea dalam otak aku berlaku… ting!!! lampu mentol aku dah menyala…

tiba giliran aku untuk mengeluarkan duit…kad Bank Muamalat dimasukkan… sila pillih bahasa…dengan memberi sedikit ruang untuk awek tu melihat paparan skrin mesin ATM, aku menekan butang “Bahasa Mandarin”… tiba-tiba awek belakang dengan nada teruja berbisik dengan rakannya… “wah!!! org depan ni pndai chinese la…”

dengan gaya macho seperti Fariman aku berlagak…”hahahaha…bagus otakku berfungsi..(bermonolog di dalam hati)”…aku mengambil duit dan langsung beredar untuk makan.

The truths :

  1. aku tidak pandai membaca tulisan Bahasa Mandarin.Aku hanya pandai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan sedikit pengetahuan dalam Bahasa German.
  2. aku dah hafal segala langkah menekan butang Mesin ATM Bank Muamalat untuk mengeluarkan duit.
  3. awek belakang aku telah terpadaya dengan lakonan aku.

kepada awek tersebut aku ingin memohon maaf kerana telah memperdayakan kamu. 😛

Kedai Sukan Itu

Posted in Peristiwa on September 16, 2008 by fackaladingdong

setiap petang seperti biasa mencari juadah untuk berbuka puasa di kuala perlis bersama seorang rakan aku yang hobinya bermain The Sims 2.. suasana di Kuala Perlis memang permai dan mempesona.. setelah membeli juadah, kami singgah ke kedai runcit 24jam yang terkenal di seluruh negara, 7-eleven. rakan aku ingin membeli BINGO di sebelah 7e, iaitu kedai buah.

sambil menunggu beliau membeli, mataku liar melihat melihat motor skuter yang ditunggang awek-awek di sini. memang cantik skuter mereka dihias dengan pelbagai warna dan pelekat mampu milik yang dijual di kedai runcit.

selang sebuah kedai di sebelah kiri 7e terdapat sebuah kedai sukan. memang ramai orang di kedai tersebut. orang di sini memang rajin bersukan. di bulan Ramadhan ini pun mereka rajin bersukan. pelbagai kaum dan pelbagai agama menjadi pelanggan tetap di kedai sukan tersebut. aku kehairanan kerana dalam kedai sukan tersebut tiada satu pun peralatan sukan yang dijual dan kedai tersebut dilengkapi denagan beberapa kaunter seperti suasana di pejabat pos.

pelanggan-pelanggan kedai sukan tersebut hanya pergi ke kaunter di dalam, mengeluarkan beberapa keping duit dan membawa pulang sekeping kertas kecil. hebat kedai sukan ini. mungkin peralatan sukan yang dibeli akan dihantar ke rumah pelanggan dengan perkhidmatan penghantaran mereka.

selepas kehairanan seketika akan keunikan kedai sukan tersebut, kami beredar pulang untuk berbuka puasa.

Anda semua nak tahu apa kedai sukan yang saya maksudkan???

Lihatlah gambar di bawah ini…

Gambar ini bukanlah gambar sebenar kedai sukan yang berada di Kuala Perlis, ini adalah cawangannya di lokasi yang tidak pasti.

Sekian…