Archive for the Kenegaraan Category

KEMERDEKAAN

Posted in Kenegaraan, Uncategorized on August 30, 2008 by fackaladingdong

Merahmu bara semangat waja,

Putihmu bersih budi pekerti,

Kuning berdaulat payung negara,

Biru lambang PERPADUAN kami semua….

31st Ogos 2008 – kemerdekaan kita yang ke-51.

Sambutan kemerdekaan yang paling suram. Tiada sambutan dari rakyat Malaysia.Tiada bendera berkibar di rumah, bangunan, kereta, mahupun motorsikal.

Apa yang sebenarnya berlaku? Kenapa sangat suram sambutan tahun ini? Jualan Jalur Gemilang di kedai-kedai tiada sambutan, tak laku…

Harga satu Jalur Gemilang mahal sangat? Ataupun penjimatan perbelanjaan? Memang betul, kos sara hidup semakin tinggi dan semangat kemerdekaan kita semakin pudar.

Sudah setengah abad kita merdeka dan pelbagai kemajuan telah kita kecapi namun masih ada lagi kekurangan dalam negara.

Keyakinan untuk negara terus mambangun semakin pudar.

Sempena kemerdekaan negara yang ke-51 ini, sama-sama kita hayati balik segala pengorbanan pemimpin negara yang telah banyak berjuang untuk mengecapi kemerdekaan. Sama-sama kita selesaikan segala permasalahan yang telah menyebabkan  kesuraman semangat  patriotik  kita.

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN NEGARA

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE-51DAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..

ONWARD MALAYSIA!!!