Archive for October 3, 2008

Peristiwa 1

Posted in Peristiwa on October 3, 2008 by fackaladingdong

lokasi : Mesin ATM Kg.Wai

Tujuan : mengeluarkan duit

damn…pnjang plak barisan…tapi tidak mengapa demi mengeluarkan duit perbelanjaan aku(poket kosong),aku kena beratur juga…

sepanjang beratur di mesin ATM, tiba-tiba terbau suatu aroma yang sangat wangi…deria bauku menggila mencari punca aroma tersebut..rupa-rupanya ada seorang awek cun di belakang aku…seingat aku awek tu duduk kat kg.wai…

“inilah masanya untuk berlagak macho”,hatiku berbisik…(sayang myra jangan marah.. 😛 ) tapi, macamana untuk aku tunjuk ke’macho’an aku? pemerahan idea dalam otak aku berlaku… ting!!! lampu mentol aku dah menyala…

tiba giliran aku untuk mengeluarkan duit…kad Bank Muamalat dimasukkan… sila pillih bahasa…dengan memberi sedikit ruang untuk awek tu melihat paparan skrin mesin ATM, aku menekan butang “Bahasa Mandarin”… tiba-tiba awek belakang dengan nada teruja berbisik dengan rakannya… “wah!!! org depan ni pndai chinese la…”

dengan gaya macho seperti Fariman aku berlagak…”hahahaha…bagus otakku berfungsi..(bermonolog di dalam hati)”…aku mengambil duit dan langsung beredar untuk makan.

The truths :

  1. aku tidak pandai membaca tulisan Bahasa Mandarin.Aku hanya pandai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan sedikit pengetahuan dalam Bahasa German.
  2. aku dah hafal segala langkah menekan butang Mesin ATM Bank Muamalat untuk mengeluarkan duit.
  3. awek belakang aku telah terpadaya dengan lakonan aku.

kepada awek tersebut aku ingin memohon maaf kerana telah memperdayakan kamu. 😛